B) RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG(RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSA(RM)
Selepas
Persekutuan Tanah Melayu(PTM) atau Malaya mencapai kemerdekaan,Kerajaan negara ini telah merancang dan melaksanakan usaha-usaha
perancangan dan pembangunan negara bagi
mengatasi pelbagai masalah sosiekonomi dan politik.Perancangan pembangunan
negara dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu perancangan zaman
pra-merdeka, perancangan lepas merdeka dan perancangan era Dasar Ekonomi
Baru(DEB).Perancangan peringkat pertama, iaitu zaman pra-merdeka meliputi
Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah
Melayu(1950-1955) dan sebahagian dari Rancangan Malaya Pertama(1956-1960).
Peringkat kedua, iaitu perancangan lepas merdeka mengandungi Rancangan Malaya
Kedua (1961-1965) dan sebahagian dari Rancangan Malaysia
Pertama(11966-1970),iaitu selepas Negara Malaysia ditubuhkan pada tahun
1963.Peringkat ketiga pula meliputi perancangan dalam era Dasar Ekonomi
Baru(DEB),iaitu Rancangan Malaysia kedua (1971-1975) hingga ke Rancangan
Malaysia Kelima (1986-1990).Di bawah Dasar Ekonomi Baru,Kerajaan Malaysia telah
melancarkan Rangka Rancangan Jangka Pertama (RRJP1) yang telah pun tamat pada
tahun 1990.Sepanjang dua dekad pelaksanaan RRJP1, Kerajaan telah Berjaya
melaksanakan program-program jangka pendek, iaitu Rancangan Malaysia
kedua(1971-1975),Rancangan Malaysia Ketiga(1976-1980), Rancangan Malaysia
Keempat(1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Peringkat
seterusnya rancangan pembangunan Negara Malaysia ialah pelancaran Rancangan
Jangka Panjang Kedua (RRJP2) pada tahun
1991 yang meliputi Rancangan Malaysia
keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh(1996-2000).RRJP2 akan
berakhir pada tahun 2000.Kerajaan melancarkan program penting dalam RRJP2 ini,
iaitu Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Malaysia
keeanam.Tempoh RRJP2 merupakan permulaan satu era ke arah matlamat membentuk
Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Pada April
2001,Kerajaan telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga(RRJP3) pada
tahun 2001-2010.Program ini meliputi pelaksanaan Rancangan Malaysia
Kelapan(2006-2010).RRJP3 merupakan fasa kedua bagi usaha negara untuk mencapai
Wawasan 2020 yang dimulakan pada tahun 1991ndan
kerajaan dan memperkenalkan Dasar Wawasan Negara.
(MALAYSIA KITA M/S 409)
RANCANGAN MALAYA PERTAMA(1956-1960)
Berikutan
dengan beberapa perakuan tentang pembangunan negara oleh misi Bank Dunia kepada
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu(PTM) maka pada tahun 1954 Kerajaan Ptm telah
melaksanakan pembangunan yang menyeluruh.Rancangan Malaya Pertama(RM1) telah dilancarkan yang
membawa tanda peralihan daripada perancangan mengikut projek-projek kepada
suatu perancangan pelaburan sector awam yang bersepadu.Matlamat utama rancangan
pembangunan ini adalah untuk membangunkan ekonomi negara dengan memberi penekanan
kepada sektor luar bandar.Sejumlah RM478.2 juta telah diperuntukan bagi
membangunkan sektor ini.Pelaksanaan RM1 telah menampakkan kejayaan cemerlang
dengan penubuhan dua agensi Kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan(FELDA) dan Kementerian Pembangunan Negara dan luar Bandar pada
tahun 1956.Satu pembaharuan yang penting
dalam sejarah perancangan dan pembangunan Negara Malaysia sehingga ke hari ini
ialah pelaksanaan Sistem Buku Merah.
(MALAYSIA KITA M/S 409-410)
http://www.freemalaysiatoday.com/category/business/2016/12/23/malaysias-felda-to-buy-37-pct-stake-in-eagle-high-plantations-for-505-4-mln/ |
RANCANGAN MALAYA KEDUA(1961-1965)
Rancangan
Malaya Kedua(RM2) dilancarkan dengan beberapa kemajuan telah dicapai bagi
perancangan yanglebih intensif.Pertama, rancangan ini telah disediakan oleh
satu jawatankuasa antara jabatan dengan bantuan sebuah Urusetia Ekonomi yang
juga dibantu oleh pakar perunding Bank Dunia.Kedua,rancangan pembangunan ini
mengunakan dua strategi perancangan iaitu perancangan dari atas ke bawah dan
perancangan dari bawah ke atas.Tumpuan utama ialah pembangunan luar bandar dan
penyertaan rakyat dalam proses perancangan dan pelaksanaan.Ketiga,beberapa
perubahan telah dibuat,iaitu satu kajian menyeluruh telah dilaksanakan ke atas
perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun sebelumnya.Satu analisis
lengkap mengenai kedudukan ekonomi dan masalhnya telah dijalankan bagi
mengatasi segala kesulitan.Dalam tempoh Rancangan Malaya Kedua,Kerajaan teah
memperuntukkan sebanyak RM2,150 juta bagi sector prmbangunan, iaitu dua kali
ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama.
(MALAYSIA KITA M/S 410)
https://www.arsitag.com/article/tahap-12-pembangunan |
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA(1966-1970)
Dengan
kemasukan Negeri Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia padatahun
1963, rancangan pembangunan negara telah diasaskan kepada satu rancangan
bersepadu.Dalam Rancangan Malaysia Pertama(RMP) ini beberapa matlamat telah
dirangka dan pembaharuan telah dibuat.Pembaharuan ini termasuk tumpuan ke atas
tenaga manusia dan program ke atas sector ekonomi.RMP juga telah memberi
penekanan keatas aspek integrasi di antara penduuduk dan negeri-negeri dalam
Negara Malaysia.Bagi melaksanakan tugasan ini, Kerajaaan telah menggubal satu
program pembangunan khusus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat Malaysia.Dalam
tempoh RMP sebanyak RM10,500 juta telah diperuntukan bagi perbelanjaan
pembangunan di mana sebanyak RM4,550 juta adalah daripada sector awam dan
RM5,950 juta adalah dari sektor swasta.Rancangan ini ditumpukan kepada pertumbuhan ekonomi supaya ia boleh dinikmati
secara adil oleh golongan miskin.Dalam tempoh RMP,Kerajaan telah menubuhkan
beberapa buah agensi, iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia(MIDA),
Majlis Amanah Rakyat(MARA),Bank Bumiputera,Perbadanan Nasional Berhad(PERNAS)
dan Lembaga Penasihat Tarif. Ia bertujuan untuk menggalakkan pernyertaan kaum
bumiputera dalam bidang perniagaan dan industri.Manakala MIDA dan Lembaga
Penasihat Tarif berfungsi keseluruhannya,Rancangan Malaysai Pertama telah
memberi kejayaan kepada Malaysia untuk berusaha lebih gigih lagi bagi
meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan mantap.
(MALAYSIA KITA M/S 410)
http://otodriver.com/article/view/menteri-perindustrian-tak-adil-bangun-lebih-banyak-pabrik-mobil-di-thailand/V1a0MZA_B-yn4sUPcvqfI73WBr94en2S1PDc2gCjxuk |
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA(1971-1975)
Rancangan
Malaysia kedua(RMD) telah dilancarkan dengan satu matlamat untuk mengatasi sosioekonomi
yang tidak seimbang antara kumpulan etnik dan juga dia antara
kawasan-kawasan.Di bawah RMD sebanyak RM7,250 juta telah diperuntukkan.Dalam
tempoh Rancangan Malaysia Kedua,Dasar Ekonomi Baru(DEB) telah
dilancarkan.Perpaduan merupakan matlamat utama DEB yang dilaksanakan menerusi
strategi serampang dua mata Pertama membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira
kaum.Kedua,menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan untuk memulihkan
ekonomi yang tidak seimbang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.Dalam tempoh RMD,kerajaan telah memberi tumpuan utama
ke atas penyertaan yang lebih aktif dan secara langsung oleh sektor awam dalam
aktiviti ekonomi terutamanya dalam bidang perdagangan dan perindustrian.Bagi
mencapai matlamat berkenaaan,kerajaan telah mewujudkan pelbagai perbadanan
awam.Di antaranya ialah Petrolium Nasional Berhad(PETRONAS) yang telah
ditubuhkan pada tahun 1974.Dalam tempoh RMD, Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK)
telah bertambah pada kadar 7.4% setahun.Pertumbuhan ini berpunca dari sektor
pertanian,iaitu sebanyak 25% , sektor pembuatan 19.3% sektor perdagangan 14.4%
dan sektor perkhidmatan 10.15%.Di bawah RMD, sebanyak RM21,679 juta telah
diperuntukan bagi perbelanjaan pembangunan.
(MALAYSIA KITA M/S 411)
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA(1976-1980)
Rancangan
Malaysia Ketiga(RMK3) telah dilancarkan dengan memperkenalkan lagi Rangka
Rancangan Jangka Panjang(1971-1990).RMT merupakan peringkat kedua bagi
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru(DEB).Dalam tempoh ini, rancangan pembangunan
wilayah turut dilaksanakan.Sejumlah RM18,600 juta telah diperuntukkan bagi
pelaksanaan RMT dan 88 peratus daripada peruntukan ini adalah untuk
perbelanjaan pembangunan sosioekonomi dan 12 peratus lagi adalah perbelanjaan
pertahanan dan keselamatan.Di bawah RMT, pembangunan sekor pertanian dansektor
perindustrian terus dipergiatkan bagi meningkatkan pendapatan, produktiviti dan
peluan pekerjaaan.Dalam tempoh pelaksanaan DEB(1971-1980), Ekonomi Negara
Malaysia telah berkembang pada kadar 7.8 peratus setahun.Pertumbuhan ini adalah
rendah sedikit berbanding dengan matlamat kadar purata yang telah ditetapkan,
iaitu 8% setahun.
(MALAYSIA KITA M/S 411-412)
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA(1986-1990)
Rancangan
Malaysia Kelima dilancarkan dalam kedudukan ekonomi yang masih meleset.Oleh
itu, pelaksanaan rancangannya berasaskan pertumbuhan yang lebih rendah.Teras
pembangunan RMK5 ini ialah perpaduan negara dan mencapai objektif(DEB).Peranan
RMK5 ialah meningkatkan sektor swasta menerusi kelonggaran peraturan dan
kawalan dari segi hak milik syarikat perlesenan dan kegiatan ekonomi. RMK5 ini
menggiatkan semula sektor pertanian dengan melonggarkan syarat-syarat
penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang. Penggunaan tanah lombong bagi
aktiviti pertanian dan mengusahakan tanah terbiar dengan mengusahakan dengan
tanaman yang sesuai.Satu strategi baru telah diperkenalkan dalam RML, iaitu
penekanan kepada penyeledikan dan pembangunan.Objektif strategi ini adalah
untuk meningkatkan produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan.
(MALAYSIA KITA M/S 413)
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM(1991-1995)
Dibentangkan
di Parlimen pada 10 Julai 1991 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang merangkumi Dasar Pembangunan Negara
. Cabaran RMK6 adalah untuk mengekalkan proses pertumbuhan yang dinikmati oleh
negara selepas kemelesetan ekonomi.Antara strategi bagi mencapai RMK6 adalah
seperti meningkatkan daya kecekapan dan daya saing ekonomi . Selain itu ,
menggalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan utama dalam pembangunan ,
mengurangkan penglibatan sektor awam dan menjamin pertumbuhan ekonomi stabil .
Seterusnya ialah mengekalkan dasar yang bebas dan longgar bagi iklim pelaburan
yang baik , memajukan program pembangunan industri dan pembangunan teknologi
canggih bagi meningkatkan produktiviti bermutu tinggi serta mengukuhkan pasaran
modal dan kewangan bagi meninngkatkan tabungan negeri .Teras utama RMK6 ialah
untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya
dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. Penekanan
kepada ‘pembangunan seimbang’ adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa
sungguhpun terdapat kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan
pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang luas .
(MALAYSIA KITA M/S 414-415)
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN(2006-2010)
Rancangan
Malaysia Kesembilan merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006 –
2010 dan telah diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama sejak
Wawasan 2020 diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.RMK9 bermatlamat untuk
terus memacu negara kearah kemakmuran
walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang
sukar seperti kesan krisis kewangan dan kenaikan harga minyak.Rancangan
Malaysia Kesembilan ini mempunyai lima teras utama iaitu meningkatkan ekonomi
dalam rantaian nilai lebih tinggi , meningkatkan keupayaan pengetahuan dan
inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama . Selain itu , meningkatkan
tahap dan kemampuan kualiti hidup di samping mengukuhkan keupayaan institusi
dan pelaksanaan . Dan yang terakhir ialah menangani masalah ketidakseimbangan
sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.
Comments
Post a Comment