Skip to main content

4.0 A)Rancangan Pembangunan Ekonomi

A.    Rancangan pembangunan ekonomi
PENGENALAN:-
Pada hari ini rakyat Malaysia dapat hidup secara aman dan harmoni dan situasi ini berkait rapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan. Keistimewaan dasar-dasar pembangunan negara ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan. Sebelum tahun 1969, amalan ekonomi bebas diberi keutamaan dan amalan ekonomi ini telah membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di negara kita. Tidak kurang juga pendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan kaum pada 13Mei 1969 sebagai kesan perbezaan sosioekonomi antara kaum. Walaupun peristiwa 13 Mei membawa kepada kematian orang ramai dan kerosakan harta benda, namun kejadian ini juga turut menyedarkan para pemimpin negara dan masyarakat bahawa sesuatu tindakan yang tegas harus diambil.
(PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KE-5  M/S 355)

MAKSUD PEMBANGUNAN:-
·         Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada usaha megubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, pendidikan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal, kebendaan, dan bukan kebendaan.
·         Secara keseluruhannya, pembagunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam penggubalan dasar pembangunan ekonomi negara sejak kemerdekaan sehingga kini. Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar- dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini.
·         Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan utama, iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka, sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
Dasar-dasar ekonomi secara keseluruhannya dapat dikatakan umpama tapak, falsafah, peraturan dan cara mencapai sesuatu matlamat ekonomi negara. Dasar ekonomi juga merujuk usaha untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Pada peringkat awal, terutama sebelum tahun 1971, sebahagian besar program pembangunan ekonomi negara bertumpu kepada usaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pertambahan dalam pendapatan per kapita. Sememangnya dari setahun ke setahun, kedua-dua unsur ini menunjukkan peningkatan. Namun, masih berlaku masalah kemiskinan dan penguasaan sektor ekonomi tidak seimbang antara kaum Misalnya, jurang kemiskinan antara golongan kaya dengan golongan miskin masih terlalu besar, monopoli sektor ekonomi oleh sesebuah kaum masih ketara dan masalah pengangguran dalam kalangan penduduk yang menyebabkan gejala sosial sering berlaku.
         Program pembangunan ekonomi perlu dirancang bagi memastikan seluruh rakyat memperoleh keperluan asas dan keperluan besar lain seperti kesihatan, pendidikan, keselamatan dan hak-hak kemanusiaan. Selain itu, secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa strategi pembangunan ekonomi negara selepas merdeka adalah untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi, perpaduan kaum dan kestabilan politik.
         Justeru, beberapa buah dasar telah digubal dan diaplikasikan di negara ini. Antaranya adalah dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi negara. Pembentukan dasar-dasar ini penting kerana bukan sahaja bermotifkan perpaduan rakyat, malahan mencukupi semua aspek kehidupan dan kemanusiaan dalam negara. Dasar-dasar ini juga dibentuk dengan mengambilan kira setiap peringkat umur, kaum, taraf sosial dan agama supaya lahir sikap bertolak ansur, berperikemusiaan, bertanggungjawab dan nilai-nilai murni yang lain dalam kehidupan.

(PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KE-5  M/S 360)

DASAR EKONOMI BARU (DEB)
l Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1970, terutama sebagai reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969. Dasar ini dilaksanakan antara tempoh 1971 hingga 1990 sebagai satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam masyarakat yang berbilang kaum. DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) antara tahun 1971-1990. Hal ini disebabkan program-program didapati belum dapat mengatasi pelbagai masalah.
Masalah-masalah berikut:
a)    Jurang sosioekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera.
b)    Jurang sosioekonomi antara desa dengan bandar.
c)    Jurang sosioekonomi antara negeri pantai barat dengan pantai timur.
d)    Jurang sosioekonomi antara negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.
l  Tindakan dan pelaksanaan perlu dilakukan dengan segera untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Secara keseluruhannya, matlamat DEB bersifat ‘serampang dua mata’ iaitu:
a)        Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
b)        Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
(PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KE-5  M/S 361-362)

ASPEK KEMISKINAN
l  Masalah kemiskinan menyebabkan perpaduan masyarakat sukar dipupuk terutamanya apabila wujud jurang kemiskinan dan kekayaan yang terlalu besar antara masyarakat dalam sebuah negara. Aspek kemiskinan menjadi salah satu tumpuan utama dalam DEB. Masalah kemiskinan yang melanda negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar bandar, malahan di kawasan bandar.
l  Kaum Bumiputera yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada padar kadar kemiskinan. Pelbagai faktor dikaitkan dengan masalah kemiskinan di Malaysia pada ketika itu seperti:
a)        Bencana alam yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman.
b)        Kejatuhan harga barang eksport akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia.
c)        Saiz isi rumah yang terlalu besar.
d)        Pergantungan kepada orang tengah yang selalu mengeksploitasi pengeluar dengan membeli produk pada harga yang murah tetapi tetapi menjual dengan harga yang jauh lebih mahal.
e)        Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran.
f)         Corak pertanian tradisional, faktor- faktor sosial dan budaya.

l    Justeru, pelbagai usaha dipraktikkan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB seperti yang beriikut:
a)      Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama penganggur.
b)      Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan
c)      Memberikan peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yang lebih lumayan.
d)      Mengurangkan jurang perbezzan pendapatan antara kaum dan kawasan (bandar dan luar bandar).
e)      Memodenkan kehidupan di luar bandar.
f)       Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.
g)      Mengadakan susasana kerajaan yang menggabungkan pelbagai kaum.
h)      Memperbaik taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
(PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KE-5  M/S 362)

STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN

l  Pembasmian kemiskinan mengikut kawasan luar bandar dan kawasan bandar.

a)      Kemiskinan di luar bandar
Ø  Kumpulan miskin di kawasan ini terdiri daripada pekebun kecil, menanam padi, pekerja estet, nelayan dan penternak. Menurut banci penduduk pada tahun 1970, terdapat kira-kira 49.3% penduduk berpendapatan di bawah kemiskinan (iaitu RM200.00) dan kira-kira 86% daipada jumlah tersebut iala penduduk luar bandar. Selepas pengenalan DEB, kadar kemiskinan pekebun kecil getah berkurangan daripada 64.7% (1970) kepada 40% (1987). Kadar kemiskinan penanam padi turut berkurangan, iaitu daripada 88.1% (1970) kepada 50.2% (1987).
Ø  Dalam hal ini, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Selain itu, pihak kerajaan juga telah menyediakan bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak dan program rumah murah. Usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk ini telah menampakkan hasil dalam masa lebih kurang 20 tahun dengan tahap kemiskinan penduduk dapat dikurangkan, iaitu daipada 49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1% pada tahun 1990.
b)      Kemiskinan di bandar
Ø  Kumpulan miskin di bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan dan perkhidmatan. Selepas pengenalan DEB, kadar kemiskinan ini Berjaya dikurangkan. Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan DEB, kadar kemiskinan di Bandar berkurangan dengan ketara dari 21.3% pada tahun 1970 kepada 7.5% pada tahun 1990.
Ø  Penyediaan keperluan asas dan mutu kehidupan.
Secara keseluruhan didapati mutu kehidupan masyarakat bertambah baik dengan pengenalan DEB. Misalnya dalam aspek kesihatan, kadar kematian bayi dan kadar kematian kasar semakin berkurangan. Jangka hayat penduduk juga kian bertambah. Dalam aspek pelajaran pula, bilangan pelajar di sekolah rendah dan begitu menengah menunjukkan peningkatan yang mendadak. Begitu juga dengan kadar masyarakat yang kenal huruf. Bagi kemudaha-kemudahan awam, peratus penduduk luar bandar yang mendapat bekalan air paip dan bekalan elektrik serta kemudahan tandas yang sempurna semakin meningkat.
Ø  Pembasmiaan kemiskinan mengikut negeri
Jadual dibawah mengambarkan dengan jelas kadar kemiskinan di setiap negeri dapat dikurangkan dalam tempoh 11 tahun setelah DEB dipraktikkan dan seterusnya:
kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
(PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KE-5  M/S 363-364)
https://www.slideshare.net/qwotepryde/dasar-ekonomi-baru-45665702
https://www.slideshare.net/qwotepryde/dasar-ekonomi-baru-45665702







Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik Tahun 1970:
Pada tahun 1970, kadar kemiskinan dalam kalangan orang Melayu jauh lebih tinggi iaitu 64.8% berbanding dengan kaum Cina iaitu 26% dan India 39.2%. Sementara purata pendapatan keluarga Melayu pula didapati dua kali ganda jauh lebih rendah berbanding dengan kedua-dua kaum tersebut iaitu sebanyak RM172.00 sahaja. Lihat jadual berikut;

Etnik
Kadar Kemiskinan (%)
Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (Rm)

Melayu
64.8
172.00
Cina
26.0
394.00
India
39.2
304.00
Lain-lain
44.8
813.00

STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
l  Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British telah menyebabkan berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi  ekonomi tertentu. Fenomena ini menyukarkan perpaduan kaum. Masyarakat negara ini perlu disusun kembali supaya ketidaksimbangan yang berlaku sebelum ini dapat diatasi. Bagi merealisasikan usaha tersebut, kerajaan telah melaksanakan beberapa program yang melibatkan berbagai-bagai sektor ekonomi seperti perindustrian, perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, pelajaran dan perumahan.
l  Strategi dan kejayaan yang diperoleh dalam usaha penyusunan semula masyarakat:
a)      Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum. Pendapatan kaum Bumiputera Berjaya dinaikkan dan dapat mengurangkan perbezaan pendapatan dengan kaum lain, terutama kaum Cina. Pendapatan kaum Bumiputera pada tahun 1970 berjumlah $172 sebulan meningkat kepada %614 pada tahun 1987. Kadar kemiskinan bagi semua kaum juga telah menurun.
b)      Penyusunan semula corak guna tenaga. Pada peringkat awal, kaum Melayu amat kurang terbabit dalam kumpulan ‘Ikhtisas dan Teknik’ melainkan guru. Oleh itu, lebih ramai orang Melayu diserapkan ke dalam sekotor ini. Begitu juga dengan sektor perniagaan, kaum lain diserapkan supaya tidak mempunyai jurang yang terlalu besar berbanding dengan kaum Cina.
c)      Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat. Golongan Bumiputera juga amat sedikit dalam permodalan ataupun memegang mana-mana saham syarikat. Justeru, orang Melayu digalakkan untuk menyertai sektor ini.
d)      Pencapaian-pencapaian lain. Pencapaian yang dimaksudkan di sini ialah pencapaian dalam sektor industri serta pembangunan bandar dan luar bandar. Penduduk Bumiputera di bandar-bandar juga semakin meningkat, misalnya daripada 41.3% (1985) kepada 44% (1988).
l  DEB Berjaya mengubah hamper keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi reality ‘perbezaan etnik’ dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tidak dinafikan, hasilnya adalah positif dan dasar ini Berjaya mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya, iaitu ‘Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama’.
l  Peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB terbukti apabila didapati inflasi Berjaya dikekalkan pada kadar 4.6% dan keseluruhan pada kadar kemiskinan menurun daripada 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990. Kadar kemiskinan luar bandar, terutama menunjukkan penurunan daripada 50.9% pada tahun 1976 kepada 21.8% pada tahun 1990. Di samping itu, hak milik modal saham Bumiputera meningkat daripada 2.4%pada tahun 1970 kepada 20.3% pada tahun 1990.
(PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KE-5  M/S 363)

Comments

Popular posts from this blog

Objektif dan Pengenalan

Pengenalan Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya. DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 teah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.  Objektif  Perpaduan negara akan terus me...

Lampiran

http://thethang6.blogspot.my/2015/08/lampiran.html