B) RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG(RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSA(RM) Selepas Persekutuan Tanah Melayu(PTM) atau Malaya mencapai kemerdekaan,Kerajaan negara ini telah merancang dan melaksanakan usaha-usaha perancangan dan pembangunan negara bagi mengatasi pelbagai masalah sosiekonomi dan politik.Perancangan pembangunan negara dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu perancangan zaman pra-merdeka, perancangan lepas merdeka dan perancangan era Dasar Ekonomi Baru(DEB).Perancangan peringkat pertama, iaitu zaman pra-merdeka meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu(1950-1955) dan sebahagian dari Rancangan Malaya Pertama(1956-1960). Peringkat kedua, iaitu perancangan lepas merdeka mengandungi Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan sebahagian dari Rancangan Malaysia Pertama(11966-1970),iaitu selepas Negara Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.Peringkat ketiga pula meliputi perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru(DEB),iaitu Rancangan Malaysia kedua (1...